[Latest News][6]

featured

Bayi dikelar ibu selamat dikebumikan

JENAZAH Nur Areesa Sofea Jiry, bayi perempuan berusia 82 hari yang dipercayai dikelar ibu dalam kejadian 2.30 petang kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mukim Jal Kechik, Tumpat, 3.20 pagi tadi. - Foto Syamsi Suhaimi **244268
TUMPAT: Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini mengiringi pengebumian bayi yang dipercayai dikelar ibunya.

Jenazah Nur Areesa Sofia Jiry, dua bulan selamat dikebumikan pada jam 3.20 pagi tadi selepas dibedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pengebumian dilakukan oleh anggota tentera dari Kem Desa Pahlawan bersama beberapa penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 2.45 petang semalam, bayi malang itu dipercayai dikelar ibunya berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini.

Mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur dan kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di rumah nenek mangsa di sini pada jam 2.55 pagi oleh penduduk kampung termasuk 30 anggota 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang diimamkan oleh Staf Sarjan Mohd Arif Abdullah.

Yang turut hadir di tanah perkuburan adalah bapa mangsa, Koperal Jiry Jaidin serta anak sulungnya, Amera Nur Hafeza, 11.

 - Sumber : BHOnline

Bisikan suara ghaib dorong ibu kelar anak 

Meriam (kanan) ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia di rumahnya di sini malam tadi

isikan suara 'ghaib' dikatakan menjadi punca kepada seorang ibu, Fadhilah Mohd. Zin, 32, bertindak luar kawal sehingga sanggup mengelar leher anaknya yang berusia 2 bulan dalam kejadian di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas petang semalam.

Ibu wanita berkenaan, Meriam Ismail, 56, berkata bisikan tersebut telah menyuruh Fadhilah supaya membunuh anaknya.

"Fadhilah beritahu saya, suara itu menyuruhnya menutup Nur Areesa Sofea Jiry, 2, (mangsa) menggunakan bantal.

"Bukan itu sahaja, suara tersebut juga menyuruh Fadhilah mengelar anaknya itu menggunakan pisau," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jal Kechik di sini malam tadi.

Dalam kejadian kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam, seorang bayi perempuan dikelar ibunya yang berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini. - UTUSAN ONLINE

 - Sumber : Utusan Online

P.S - Dunia pada hari macam-macam yang berlaku. Gangguan atau tekanan emosi yang disebabkan dari pelbagai aspek membuatkan manusia bertindak diluar jangkaan dan batasan.

Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search