[Latest News][6]

featured

Isteri meninggal pada sambutan ulang tahun pertama perkahwinan

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan, hanya seribu kesedihan diraut wajah, begitulah gambaran yang diharungi oleh Ahmad Kamal Effendi Kamarudin apabila kehilangan isteri yang tercinta buat selama lamanya.

KUALA LUMPUR: Kisah keutuhan cinta guru muda, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin, 26, yang sanggup mengahwini pasangannya pesakit kanser tahap empat, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25, berakhir hari ini apabila isterinya meninggal dunia, jam 3 pagi tadi, di Hospital Kajang. 

GAMBAR fail, Ahmad Kamal Effendi Kamarudin bersama isterinya, Allahyarhamah Nik Idzni Dalila Nik Mahmud pada 6 November lalu. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Sayu : Ayat doakan saya kuat undang pilu..pergi mu di ulangtahun perkahwinan mu

Lebih menyedihkan, kematian isterinya yang menghidap kanser buah pinggang itu berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini.

Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.

Pada November lalu, BH menerusi artikel 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat', menyiarkan kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan.

Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau sangat sedih kerana isterinya menghembuskan nafas terakhir tanpa beliau di sisi.

"Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya.

"Awal bulan ini, kami sempat membuat majlis ringkas dengan makan bersama bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kerana isteri tidak sihat.

"Isteri menghadiahkan saya iPhone dan saya pula memberi album mengandungi gambar sepanjang perkenalan kami sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, malam ini.

Bagaimanapun, Ahmad Kamal Effendi berkata, beliau reda dengan pemergian isterinya dan sudah melakukan yang terbaik untuknya.

Sementara itu, menerusi Instagram Ahmad Kamal Effendi, beliau memuat turun gambar perkahwinan mereka dan meluahkan perasaan sedih atas kehilangan isteri tercinta pada tahun pertama ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

Dalam kiriman itu, Ahmad Kamal Effendi, berkata semua yang berlaku umpama satu mimpi dan tidak menyangka hari ulang tahun perkahwinan mereka menjadi hari isterinya dijemput Ilahi.


Advertisement

"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang," katanya menerusi Instagram.

Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah daripada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yang mengikuti kisah unik pasangan ini.

Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.

- Sumber: BHOnline











Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan solehah . Aaminn.

Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah. Itulah ungkapan peribahasa melayu yang membawa erti 'Hidup dan mati terletak di tangan Tuhan.'


Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search