Lindsay Lohan peluk Islam?
Lindsay Lohan terus cetus kontroversi 'peluk Islam'
ANKARA: Pelakon kontroversi, Lindsay Lohan, kembali menimbulkan spekulasi bahawa beliau sudah memeluk Islam selepas dilihat memakai tudung ketika mengadakan urusan perniagaan di Turki.
Bintang Mean Girls, 30, itu dilihat memakai kot bulu dan tudung hitam menutupi rambutnya ketika meninggalkan pusat beli belah Istinye dengan sekumpulan lelaki.
Bintang Hollywood itu turut mengenakan but baldu separas paha. Penampilannya itu disiarkan selepas beliau meninggalkan mesej 'alaikum salam' di akaun Instagramnya.
"Saya gembira kerana Lindsay Lohan menemui Islam. Semoga Allah menunjukkan jalan dan merahmatinya," tulis seorang wanita dalam Twitter.
Seorang lagi berkata: "Saya dengar Lindsay Lohan memeluk Islam. Jika benar, Alhamdulillah. Allah menunjukkan jalan yang benar kepadanya untuk diikuti."
Lohan tidak pernah mendedahkan sama ada beliau sudah memeluk Islam atau sebaliknya, manakala tiada kenyataan dikeluarkan wakil artis itu bagi mengulas isu berkenaan.
Beliau yang memilih untuk menyambut Tahun Baharu 2017 di Dubai, dilaporkan memeluk Islam sejak 2015 selepas dirakam memegang al-Quran di Brooklyn.
Namun, ketika muncul dalam rancangan bual bicara di Turki, Haber Turk, lewat tahun lalu, Lohan menjelaskan ia adalah hadiah daripada rakannya.
![]() |
(Instagram) |
![]() |
(Instagram) |
![]() |
Lindsay Lohan tampak cantik dalam balutan hijab. (Instagram) |
"Rakan rapat saya yang selalu berada dengan saya, di London ialah rakyat Arab Saudi dan memberikan saya al-Quran. Saya membawanya ke New York kerana sedang mempelajarinya.
"Ia membuka pintu kepada saya mengalaminya secara rohani, mencari makna sebenar. Inilah saya," katanya. - AGENSI
- Sumber: BHOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.