[Latest News][6]

featured

Fazura belum sedia tukar lampin bayi ?

PENYANYI, Fazura pada sidang media Universal Music X Fazura di Hotel Le Meridian. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Aktres Nur Fazura Sharifuddin, 33, menolak dakwaan mengatakan sedang menjalin hubungan cinta bersama seorang mat saleh dikenali sebagai Randy Seidman seperti yang tular dalam sebuah video baru-baru ini.


Fazura dan Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Kenny Ong sejurus sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN


Advertisement


Mengakui wanita di dalam rakaman video eksperimen sosial yang dirakam di New York, Amerika Syarikat itu adalah dirinya, bagaimanapun Nur Fazura menjelaskan gelaran girlfriend yang disebut Seidman bukan merujuk sebagai kekasih.

"Di sana (Amerika Syarikat), mereka membahasakan rakan wanita sebagai girlfriend. Itu perkara biasa. Di sini pula lain maksudnya.

"Lagipun, saya dan Randy sudah lama berkawan, kira-kira lima tahun kami kenal dan memang rapat. Saya selesa berkawan dengannya kerana dia begitu menghormati orang lain," katanya ketika ditemui usai majlis menandatangani kontrak antara Nur Fazura dan Universal Music.

Nur Fazura berkata demikian bagi mengulas lanjut tindakan Seidman dalam video berdurasi 10 minit yang mempersoalkan keputusan Presiden negara itu, Donald Trump yang melarang kemasukan pelancong dari tujuh buah negara Islam.

Di samping itu, berbicara tentang jodoh, penyanyi Sayangi Dirimu tersebut tidak mahu memikirkannya dalam masa terdekat kerana ingin fokus bekerja.

"Buat masa ini, saya belum sedia fikir untuk menukar lampin bayi. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya tanpa perlu dicari," jawabnya ringkas.

- Sumber : UTUSAN ONLINE



Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search