Stress sebab bercerai: Wanita di China atasi dengan cara unik
Sekumpulan wanita di China, baru-baru ini, mendapat perhatian ramai apabila keadaan mereka yang sedang berbaring dalam kubur di Bandar Chongqing di rakamkan. Mereka sedang mengambil bahagian dalam ritual aneh yang dipanggil “meditasi kubur” yang membantu mereka mengatasi tekanan disebabkan perceraian.
Meditasi kubur ialah cetusan idea Liu Taijie, janda berusia 30 tahun yang kini membantu wanita mengatasi perasaan tertekan. Selepas berkahwin pada usia 19 tahun dan mendapat cahaya mata ketika berusia 21 tahun, Liu melalui kehidupan yang sukar apabila bercerai pada tahun 2015 di samping bisnesnya yang gagal dilancarkan.
Walaupun dia melalui saat yang sukar, tetapi dia mampu untuk mengatasinya, dan kini dia ingin membantu wanita lain yang hidup mesti diteruskan dan meletakkan kisah lampau di tempat yang sepatutnya.
Apabila seseorang itu berasa tertekan, dia akan berasa ingin mati. Dengan berbaring di dalam kubur, pelajar saya cuba merasai pengalaman mati. Ini akan mengingatkan mereka bahawa mereka masih tidak melakukan banyak perkara dalam kehidupan mereka dan mereka perlu melupakan masa silam untuk meneruskan kehidupan.
Gambar menunjukkan wanita berbaring dalam lubang yang cetek yang digali dan dialas dengan plastik. Mereka akan memejamkan mata dan tangan mereka berada dalam keadaan berdoa, atau diletakkan pada dada. Tidak pasti tempoh masa mereka dalam keadaan begitu.
Liu mengambil masa selama setahun untuk kembali pulih, dan untuk membantu orang lain memulakan hidup baru dengan segera, dia menjalankan kelas meditasi ini setiap beberapa bulan. Mereka hanya perlu menghubunginya.
Terjemahan: #jiwangmedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.