Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Orang Ramai
Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster
Image © mynewshub.cc |
MYNEWSHUB - MODEL botol air mineral di stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, kesal dengan tindakan segelintir kumpulan lelaki yang ‘mencabul’ gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.
Wanita berusia 25 tahun itu tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehinggamencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami.
“Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung ataumemeluk poster itu ketika bergambar.
“Namun ada beberapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan.
“Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.
“Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya memetik mStar Online.
Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.
“Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma sayaberharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini.
“Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.
“Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu,” katanya.
Nor Shafila mula dikenali ramai selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.
Tidak lama kemudian, Nor Shafila ‘muncul’ sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex. - mynewshub.cc
Shell tarik balik semua poster Gadis Air Mineral selepas "dicabul" berleluasa
Selepas ini, tidak akan ada lagi poster Gadis Air Mineral atau Gadis Shell di mana-mana stesen minyak Shell seluruh Malaysia.Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, Shell mengumumkan untuk menarik balik kesemua poster setelah mendapati segelintir masyarakat mengambil kesempatan melakukan aksi lucah ketika mengambil gambar dengan poster tersebut.
Image © says.com |
"Kami tidak bersekongkol dengan perbuatan tidak senonoh ini, yang sama sekali tidak sejajar dengan budaya rakyat Malaysia dan nilai teras Shell. Kami menggesa pengguna internet dan orang ramai untuk tidak lagi berkongsi imej-imej ini.
"Kesemua poster akan dikeluarkan dari semua stesen minyak kami serta-merta." - says.com
Beberapa aksi yang melucukan dan juga agak keterlaluan dan mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai.
Image via Facebook |
Image via Facebook |
Image via Facebook |
Image via Facebook |
Image via Facebook |
Sumber:
mynewshub.cc
says.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.