[Latest News][6]

featured

Valtteri Bottas menang di Spielberg; Lewis Hamilton terlepas podium


Juara Austrian GP Valtteri Bottas (C) meraikan Sebastian Vettel (L) dan Daniel Ricciardo (R).
Credit: Reuters

Valtteri Bottas menikmati kemenangan dominan di Grand Prix Austria ketika rakan sepasukan Mercedes Lewis Hamilton hanya dapat meraih tempat keempat.

Pencabar utama Hamilton dan pendahulu kejuaraan Sebastian Vettel, menduduki tempat kedua sekaligus membuka jurang 20 mata ke atas Hamilton selepas pemandu Britain itu tidak dapat menemui ruang untuk memintas Daniel Ricciardo, yang menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan tuan rumah Red Bull.

Bermula dari petak kelapan selepas dikenakan 5 Grid penalti kerana penukaran 'Gearbox', Hamilton berkata bahawa dia mensasarkan akhir hujung minggu dengan mengutip mata kejuaran sebanyak yang boleh untuk dibawa ke Silverstone, namun dia terlepas untuk berada di podium manakala Bottas mempunyai kelajuan yang cukup untuk memastikan Vettel mengakhirkan perlumbaan dibelakangnya.

Seawal perlumbaan bermula menyaksikan beberapa insiden di selekoh pertama yang melibatkan Pemandu Toro Rosso Daniil Kvyat dan McLaren Fernando Alonso. Pemandu RedBull Max Verstappen, yang memulakan perlumbaan dipetak kelima juga terlibat dalam insiden tersebut langsung terkeluar dari perlumbaan bersama-sama pemandu McLaren.

Kimi Raikonen,Ferrari menamatkan perlumbaan di tempat yang kelima di belakang Hamilton. Pemandu Finnland itu terpaksa berasakan dengan Daniel Ricciardo diawal pusingan namun gagal mempertahankan kedudukannya di tempat yang ketiga.

Selepas berakhirnya GP Austria, Vettel kini masih mendahului senarai pungutan mata tertinggi senarai pemandu dengan 171 mata, mengatasi Hamilton di tempat kedua (151) dan Bottas di tangga ketiga (136).

Sorotan GP Austria 2017

Hasil lengkap keputusan GP Austria 2017

Kedudukan Mata Kejuaraan
Sumber:
https://www.formula1.com
http://www.autosport.com
http://www.espn.com
http://www.telegraph.co.uk


Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search