Valtteri Bottas rampas petak pertama di GP Austria; Hamilton bermula dipetak ke lapan.
SPIELBERG, Austria - Pemandu Mercedes Valtteri Bottas mendahului kedudukan Ferrari Sebastian Vettel hanya dengan 0.042 saat di Austria, manakala Lewis Hamilton akan bermula di petak kelapan apabila dikenakan 5 grid penalti setelah menukar ‘gearbox’ selepas pusingan ketiga kelayakan.
Bottas mencatat waktu terbaik iaitu 1 minit 04.251 saat di awal sesi ketiga (Q3) sekaligus memberikan beliau kedudukan petak yang pertama buat kali kedua dalam karier beliau. Vettel meraih petak kedua mengatasi pesaigan utama Hamilton (petak Ketiga) yang terpaksa bermula dipetak kelapan selepas dikenakan penalti.
Mengetahui dia akan diturunkan di bawah grid, pemandu British itu hanya dapat mencatat masa terpantas ketiga dalam Q3, dengan Vettel - 14 mata di hadapan Hamilton di puncak kejohanan pemandu - bermula di barisan hadapan bersama Bottas.
Dalam temubualnya, Lewis Hamilton berkata dia akan memulakan perlumbaan pada ahad ini dengan rasa kurang senang memandangkan pesaing utama beliau berada dikedudukan yang agak selesa.
![]() |
© Sutton Images |
Di sesi kelayakan ketiga (Q3) juga menyaksikan pemandu Red Bull Max Verstappen terbabas dan berputar ke dalam kerikil di akhir selekoh yang ketujuh.
Kimi Raikkonen berada di posisi keempat dengan catatan masa 1m 04.779s perbezaan yang agak jauh iaitu 0.528 saat dari kedudukan petak pertama. Namun beliau akan mengambil tempat Hamilton di petak ketiga.
Perlumbaan pada ahad ini menyaksikan Mercedes Valtteri Bottas akan diapit oleh dua Jentera Ferrari dan sekaligus akan memberikan saingan yang sengit terutama di selekoh yang pertama.
Sorotan Kelayakan GP Austria
Hasil lengkap kelayakan GP Austria
Kedudukan Mata
Sumber:
https://www.formula1.com
http://www.autosport.com
http://www.espn.com
http://www.telegraph.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.