[Latest News][6]

featured

Jepun hantar Malaysia pulang - Piala Sudirman

Kempen Malaysia di Piala Sudirman telah berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada 'Top Seeder' Jepun pada suku akhir di Nanning, China, semalam Jumaat (24 Mei).

Bergu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tewas 21-13, 24-26, 21-23 kepada gandingan Takeshi Kamura dan Keigo Sonoda.

TEO EE YI (kiri) dan Ong Yew Sin menampilkan aksi cemerlang hingga ke set penentuan sebelum tewas kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dalam aksi suku akhir Piala Sudirman di Nanning, China.
Teo Ee Yi layak mendapat pujian tinggi dalam usahanya untuk meneruskan permainan walaupun mengalami kecederaan pada bahagian dagunya.

(© Total BWF)
Teo mengalami kecederaan itu selepas dia dan rakan sepasukan Ong Yew Sin terselip dalam percubaan untuk mendapatkan pukulan yang sama, dan dalam pergelutan itu kaki kiri Ong tersepak ke dagu Teo lalu membuatkan dagunya berdarah.

(© AFP pic)
Teo sedang dirawat oleh petugas perubatan sambil diperhatikan Jurulatih Pasukan (© Total BWF)
Pemain berusia 26 tahun itu terbaring di lantai selama hampir 10 minit dengan dagu berdarah mengalir ke lehernya, dengan kedudukan mata terkunci 19-19 dalam permainan penentuan.
Advertisement
Teo bermain dengan bijak dan menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum Kamura-Sonoda menutup kemenangan pertama mereka dalam tiga pertemuan yang begitu sengit dan menarik.

Kemenangan dari usaha keras Kamura-Sonoda pasti memberikan semangat kepada Jepun apabila pemain No. 1 dunia Kento Momota dan No. 2 dunia Nozomi Okura, mengalahkan Lee Zii Jia dan Soniia Cheah.

Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah menambahkan duka pasukan negara apabila tewas kepada Nozumi Okuhara dalam perlawanan kedua dengan keputusan 16-21, 13-21.

Kebangkitan yang diharapkan dalam perlawanan ketiga pula tidak berlaku apabila pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas 18-21, 21-16 kepada Kento Momota.


KEPUTUSAN

Suku-Akhir: Japan menewaskan Malaysia 3-0 (Takeshi Kamura-Keigo Sonoda lwn Ong Yew Sin Teo Ee Yi 13-21, 26-24, 23-21; Nozomi Okuhara lwn Soniia Cheah 21-16, 21-13; Kento Momota lwn Lee Zii Jia 21-18, 21-16).


HARI INI

 China lwn Thailand (Pukul 11AM)

 Indonesia lwn Japan (Pukul 6PM)

KEPUTUSAN LANGSUNG

bwfsudirmancup.bwfbadminton.com/results/3445/total-bwf-sudirman-cup-2019/2019-05-25

Sumber: FreeMalaysianToday, Total BWF Sudirman Cup, Utusan



Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search