[Latest News][6]

featured

Juara dunia F1 tiga kali - Niki Lauda meninggal dunia.

Juara dunia F1 tiga kali - Niki Lauda meninggal dunia.

LEGENDA sukan permotoran dan juara tiga kali perlumbaan Formula One (F1), Niki Lauda meninggal dunia pada usia 70 tahun.

7 Julai 2018 Niki Lauda - Litar F1  Silverstone, England.

Menurut jurucakap keluarga, juara F1 tiga kali dari Austria itu meninggal dunia pada Isnin dikelilingi ahli keluarga.
Seorang rakan mendiang dari pasukan McLaren mengesahkan Lauda meninggal dunia sewaktu menjalani satu pembedahan paru-paru.

Lauda pernah dimasukkan ke hospital pada Januari lalu selama 10 hari susulan dijangkiti influenza.

Lauda yang menjalani pembedahan paru-paru tahun lalu dan dimasukkan ke hospital sekali lagi pada Januari akibat flu telah lama berdepan

masalah kesihatan ekoran kemalangan ngeri ketika perlumbaan di litar Nurburgring, Jerman pada tahun 1976.

Advertisement



Beliau yang bersama pasukan Ferrari ketika itu gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh pagar pada kelajuan 200 kilometer sejam.


Lauda menang kejuaraan dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 1975, 1977 dan 1984 ketika bersama pasukan Mercedes dan Ferrari.


Ketika menamatkan kariernya pada tahun 1985, Lauda telah menyertai 171 perlumbaan F1 dengan rekod 25 kemenangan dan menaiki podium sebanyak 54 kali.



Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search