Malaysia berdepan Jepun di suku akhir Piala Sudirman 2019


Malaysia akan berdepan pilihan kedua, Jepun pada perlawanan suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman 2019 di Nanning, China pada hari ini.

Jepun muncul juara kumpulan A selepas melakar dua kemenangan mengalahkan Thailand 4-1 pada perlawanan terkakhir peringkat kumpulan.

Biarpun Jepun turun sebagai pilihan utama, namun negara matahari terbit itu yang tidak pernah menjuarai kejohanan badminton berpasukan campuran tersebut dilihat tidak seampuh tuan rumah, China.


Skuad negara sah mara ke peringkat suku akhir selepas China menewaskan India 5-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D pada Rabu.

Kemenangan kedua tuan rumah itu sekaligus membolehkan juara 10 kali itu mara ke kelompok lapan terbaik selaku juara kumpulan.

Pada Selasa, skuad negara yang tewas 5-0 pada perlawanan pertama di tangan China, bangkit menewaskan India 3-2.

China yang menjadi pilihan untuk merangkul Piala Sudirman buat kali ke-11, mengalahkan gergasi Eropah, Denmark 3-1 dalam suku akhir semalam.

Juara bertahan, Korea Selatan yang mara selaku juara Kumpulan C, menerima tentangan pasukan sedang meningkat, Thailand manakala juara 1989, Indonesia bertemu Taiwan.
Advertisement
Hari Ini

*semua perlawanan bermula 11 pagi

Taiwan lwn Indonesia

MALAYSIA lwn Jepun

Kedua-dua pasukan akan berentap di Pusat Sukan Guangxi.

*semua perlawanan bermula 6 petang

France lwn Canada

Ireland lwn Sri Lanka

New Zealand lwn Slovakia

Australia lwn Switzerland

Nepal lwn Lithuania

Sumber: BERNAMA, Total BWF Sudirman Cup, Utusan

Pujangga

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Polisi Ulasan
Kami mengalu-alukan ulasan dari anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa semua ulasan akan ditapis secara manual oleh pengulas mengikut dasar polisi yang telah ditetapkan, dan semua pautan adalah [nofollow]. Menggunakan Kata kunci dalam ruangan nama adalah dilarang. Sama-sama kita menikmati sesi perbualan peribadi dan harmoni.

Start typing and press Enter to search